Ayah….Ramadhan membawamu pergi….

September 18th, 2008 by azszua

16hb September 2008….bersamaan 16 Ramadhan…hari yang tak mungkin aku lupakan…  ayah pergi menghadap illahi….setelah 7 bulan menghadapi derita penyakitnya yang bermacam….berpuluh kali dimasukkan ke wad…pernah juga dikejarkan ke unit CCU kerana masalah jantung,paru-paru dan buah pinggang akhirnya ayah tinggalkan kami dengan penuh ketenangan dikelilingi anak2 dan isteri tercinta…

7.30 pagi aku dan hubby sedang bersiap sedia untuk ke kedai…handphone ku berbunyi…hatiku rasa tak sedap….adikku dalam tangisan memberitahuku ayah sedang nazak…Ya Allah…hanya Allah tahu apa yang aku rasakan…airmataku tak dapat ku tahan2 lagi…tak sampai 15 minit aku sudah berada di samping ayahku….mak kata pagi tadi ayah nampak ok dan sempat makan bubur yang mak masak serta minum milo kerana pagi itu sepatutnya ayah menerima rawatan dialisis….dalam pukul 7.20 pagi ayah tiba-tiba terus lemah sehingga tidak boleh duduk sekalipun….dan terus tidak berkata2…sempat aku bisikkan kalimah pada ayah dan adik beradik yang lain juga sempat membisikkan kalimah pada ayah…ayah pergi dengan tenang…tidak sedikitpun aku lihat susah untuk dia menghambuskan nafas terakhirnya…begitu tenang…..aku rasa dadanya tidak berdegup lagi….dan sehingga detik itu sajalah aku sempat bersama ayah….aku besyukur kerana ayah pergi dibulan yang penuh keberkatan ini sama seperti arwah abangku dulu…menghembuskan nafas terakhir di bulan ramadhan….

kini setiap pagi aku tidak lupa menghadiahkan bacaan Yaasin untuk arwah ayah…sehingga kehari ini setiap pagi pasti aku akan menziarahi pusara ayah..aku puas…setelah hari2 aku menjaga ayah walaupun tidak sepenuhnya seperti mak tapi aku puas sbb setiap kali khidmat aku diperlukan aku tidak pernah menolak…sbb aku sentiasa ingat bukan selama2nya aku dapat bersama ayah….dan detik2 itu akan aku abadikan dalam ingatanku….dan aku puas sbb ayah sempat memanggil namaku di akhir2 nyawanya….

aku pasti aku akan sentiasa merindui ayah…sekarang tanggungjawab aku adalah menjaga mak pula…semoga aku cekal dan sentiasa mendapat rahmat dari nya dan kesihatan yang baik untuk aku….

Aku tetap menanti…

July 17th, 2008 by azszua

Lama sungguh aku tak menulis disini….sedar tak sedar begitu cepat masa berlalu…. 5 tahun aku menanti…Hanya Allah saja yang tahu apa yang tersirat dihati ini.bukan suatu yang mudah untuk aku tempuhi,tapi bukan juga alasan untuk aku tangisi kerana aku redha dan aku pasti Allah lebih mengetahui….Aku hanya insan kerdil yang hanya mampu terus meminta dan menanti….dan Hanya pada Dia ku mohon segala….jika ini ujian yang diberi, aku akan terus tempuhi hingga tiba suatu hari nanti aku pasti ada sinar yang dijanji…kerana janjiNya tidak pernah dimungkiri…. buat insan insan yang sentiasa memberi aku semangat dan mengerti apa yang aku sedang lalui….

abang…. terima kasih kerana terus berada disisi menemani.Tanpa abg tak mungkin diri ini masih seteguh dan sekuat ini….kasih dan cinta yang abg beri akan sentiasa mengiringi perjalanan ini.biar apa orang kata yang penting abang tahu isi hati ini….dan abang memang insan yang terlalu memahami…

mak ayah… beribu kali jika dihidupkan semula aku tetap tidak dapat membalas jasa kalian….beribu ringgit yang kuhulurkan juga bukan mampu untuk membayar semua doamu yang sentiasa mengiringi aku….beribu tahun juga tak bisa untuk aku lupakan segala kata2 perangsang dan leteran yang membina semua kehidupan ku ini…kerana kalian berdua adalah duniaku…dimana sahaja aku berada kalian tetap dihatiku….semoga Allah memanjangkan usia kalian dan memberi aku kesempatan untuk mengecapi sinar kebahagiaan bersama kalian…

sahabat… benarlah kata orang…mencari kawan diwaktu senang memang mudah….tetapi mencari sahabat belum tentu kita temui….alhamdulillah aku dipertemukan juga dengan seorang yang benar2 boleh ku gelar sahabat. yang sanggup mendengar kesulitan ku…yang sedia mendoakan kesejahteraanku….yang sentiasa mengambil berat tentang diriku…sanggup menghulurkan bantuan biar aku tak pinta….dan yang sanggup menitiskan air mata kerana aku….terima kasih…terlalu banyak jasanya padaku…

insyaallah…5 tahun yang berlalu akan menjadi satu kenangan yang abadi dalam hidupku….aku ingin menjadi insan yang lebih kuat.Semoga doaku dan doa kalian buat diri ini diperkenankan olehNya dan aku pasti hari itu ialah detik yang terindah buat diriku…namun aku akan tetap menanti…. 

Rindu zaman sekolah…..

November 15th, 2006 by azszua

Hari ni, Tengahari….terkejut bila dapat call dari kawan lamer.Kawan & adik yang tak mungkin dapat aku lupakan.mengingatkan aku betapa manis nyer zaman persekolahan dulu. Rindu…rindu pada kawan2 lamer yang entah dimana.

Awe, mana mungkin lupa pada nama itu, dialah tempat aku mengadu dan bermanja ketika zaman sekolah dulu. Ada dia, semua orang gembira, semua orang akan ketawa. Begitu kerkesan dan bermakna persahabatan yang dihulurkannya. kepada sesiapa yang pernah menjadi kawan dia pasti mengerti apa yang cuba aku nyatakan….

Awe, ingat tak dulu betapa degilnyer kau bila di tegur mereka2 yang kononnyer ader kuasa….ko selamba sahaja membantah dan buat aper yang ko rasa betul….ko ingat tak lagi bila mak pai tegur itu salah, itu tak betul?…tapi ko buat biasa sajer…..dalam dunia ni memang hanya ader seorang ajer Awe….Awe yang akak kenal….Awe yang sentiasa menyenangkan hati akak….

Awe, akak harap….awe masih seperti awe yang akak kenal…awe yang akak sayang…dan akak akan sentiasa mengingati saat manis bersama awe dan teman2 di Aspuri 2….

Terasa Kebesaran Nya

November 3rd, 2006 by azszua

26hb Oktober 2006,

Percutian ke Langkawi selama 3 hari 2 malam adalah kenangan terindah yang tersimpan di dalam lipatan hidup aku dan hubby.Keindahan dan kedamaian Pulau Langkawi mendekatkan hati kita kepada Yang Maha Kuasa tentang bertapa besarnya kenikmatan dan anugerah yang diberikan kepada hambaNya.Terasa Kerdil apabila berada di tengah lautan yang luas terbentang….pantai yang dihuni terumbu karang tidak terusik oleh sebarang pencemaran….bukit bukau yang menghijau mengasyikkan mata memandang, pantai yang jernih tempat ikan2 bermain,tenang dan mendamaikan….Syukur kerana aku masih berkesempatan menghirup udara segar atas kehendakNya….