Archive for November, 2006

Rindu zaman sekolah…..

Wednesday, November 15th, 2006

Hari ni, Tengahari….terkejut bila dapat call dari kawan lamer.Kawan & adik yang tak mungkin dapat aku lupakan.mengingatkan aku betapa manis nyer zaman persekolahan dulu. Rindu…rindu pada kawan2 lamer yang entah dimana.

Awe, mana mungkin lupa pada nama itu, dialah tempat aku mengadu dan bermanja ketika zaman sekolah dulu. Ada dia, semua orang gembira, semua orang akan ketawa. Begitu kerkesan dan bermakna persahabatan yang dihulurkannya. kepada sesiapa yang pernah menjadi kawan dia pasti mengerti apa yang cuba aku nyatakan….

Awe, ingat tak dulu betapa degilnyer kau bila di tegur mereka2 yang kononnyer ader kuasa….ko selamba sahaja membantah dan buat aper yang ko rasa betul….ko ingat tak lagi bila mak pai tegur itu salah, itu tak betul?…tapi ko buat biasa sajer…..dalam dunia ni memang hanya ader seorang ajer Awe….Awe yang akak kenal….Awe yang sentiasa menyenangkan hati akak….

Awe, akak harap….awe masih seperti awe yang akak kenal…awe yang akak sayang…dan akak akan sentiasa mengingati saat manis bersama awe dan teman2 di Aspuri 2….

Terasa Kebesaran Nya

Friday, November 3rd, 2006

26hb Oktober 2006,

Percutian ke Langkawi selama 3 hari 2 malam adalah kenangan terindah yang tersimpan di dalam lipatan hidup aku dan hubby.Keindahan dan kedamaian Pulau Langkawi mendekatkan hati kita kepada Yang Maha Kuasa tentang bertapa besarnya kenikmatan dan anugerah yang diberikan kepada hambaNya.Terasa Kerdil apabila berada di tengah lautan yang luas terbentang….pantai yang dihuni terumbu karang tidak terusik oleh sebarang pencemaran….bukit bukau yang menghijau mengasyikkan mata memandang, pantai yang jernih tempat ikan2 bermain,tenang dan mendamaikan….Syukur kerana aku masih berkesempatan menghirup udara segar atas kehendakNya….