Aku tetap menanti…
Thursday, July 17th, 2008Lama sungguh aku tak menulis disini….sedar tak sedar begitu cepat masa berlalu…. 5 tahun aku menanti…Hanya Allah saja yang tahu apa yang tersirat dihati ini.bukan suatu yang mudah untuk aku tempuhi,tapi bukan juga alasan untuk aku tangisi kerana aku redha dan aku pasti Allah lebih mengetahui….Aku hanya insan kerdil yang hanya mampu terus meminta dan menanti….dan Hanya pada Dia ku mohon segala….jika ini ujian yang diberi, aku akan terus tempuhi hingga tiba suatu hari nanti aku pasti ada sinar yang dijanji…kerana janjiNya tidak pernah dimungkiri…. buat insan insan yang sentiasa memberi aku semangat dan mengerti apa yang aku sedang lalui….
abang…. terima kasih kerana terus berada disisi menemani.Tanpa abg tak mungkin diri ini masih seteguh dan sekuat ini….kasih dan cinta yang abg beri akan sentiasa mengiringi perjalanan ini.biar apa orang kata yang penting abang tahu isi hati ini….dan abang memang insan yang terlalu memahami…
mak ayah… beribu kali jika dihidupkan semula aku tetap tidak dapat membalas jasa kalian….beribu ringgit yang kuhulurkan juga bukan mampu untuk membayar semua doamu yang sentiasa mengiringi aku….beribu tahun juga tak bisa untuk aku lupakan segala kata2 perangsang dan leteran yang membina semua kehidupan ku ini…kerana kalian berdua adalah duniaku…dimana sahaja aku berada kalian tetap dihatiku….semoga Allah memanjangkan usia kalian dan memberi aku kesempatan untuk mengecapi sinar kebahagiaan bersama kalian…
sahabat… benarlah kata orang…mencari kawan diwaktu senang memang mudah….tetapi mencari sahabat belum tentu kita temui….alhamdulillah aku dipertemukan juga dengan seorang yang benar2 boleh ku gelar sahabat. yang sanggup mendengar kesulitan ku…yang sedia mendoakan kesejahteraanku….yang sentiasa mengambil berat tentang diriku…sanggup menghulurkan bantuan biar aku tak pinta….dan yang sanggup menitiskan air mata kerana aku….terima kasih…terlalu banyak jasanya padaku…
insyaallah…5 tahun yang berlalu akan menjadi satu kenangan yang abadi dalam hidupku….aku ingin menjadi insan yang lebih kuat.Semoga doaku dan doa kalian buat diri ini diperkenankan olehNya dan aku pasti hari itu ialah detik yang terindah buat diriku…namun aku akan tetap menanti….