Ayah….Ramadhan membawamu pergi….
Thursday, September 18th, 200816hb September 2008….bersamaan 16 Ramadhan…hari yang tak mungkin aku lupakan… ayah pergi menghadap illahi….setelah 7 bulan menghadapi derita penyakitnya yang bermacam….berpuluh kali dimasukkan ke wad…pernah juga dikejarkan ke unit CCU kerana masalah jantung,paru-paru dan buah pinggang akhirnya ayah tinggalkan kami dengan penuh ketenangan dikelilingi anak2 dan isteri tercinta…
7.30 pagi aku dan hubby sedang bersiap sedia untuk ke kedai…handphone ku berbunyi…hatiku rasa tak sedap….adikku dalam tangisan memberitahuku ayah sedang nazak…Ya Allah…hanya Allah tahu apa yang aku rasakan…airmataku tak dapat ku tahan2 lagi…tak sampai 15 minit aku sudah berada di samping ayahku….mak kata pagi tadi ayah nampak ok dan sempat makan bubur yang mak masak serta minum milo kerana pagi itu sepatutnya ayah menerima rawatan dialisis….dalam pukul 7.20 pagi ayah tiba-tiba terus lemah sehingga tidak boleh duduk sekalipun….dan terus tidak berkata2…sempat aku bisikkan kalimah pada ayah dan adik beradik yang lain juga sempat membisikkan kalimah pada ayah…ayah pergi dengan tenang…tidak sedikitpun aku lihat susah untuk dia menghambuskan nafas terakhirnya…begitu tenang…..aku rasa dadanya tidak berdegup lagi….dan sehingga detik itu sajalah aku sempat bersama ayah….aku besyukur kerana ayah pergi dibulan yang penuh keberkatan ini sama seperti arwah abangku dulu…menghembuskan nafas terakhir di bulan ramadhan….
kini setiap pagi aku tidak lupa menghadiahkan bacaan Yaasin untuk arwah ayah…sehingga kehari ini setiap pagi pasti aku akan menziarahi pusara ayah..aku puas…setelah hari2 aku menjaga ayah walaupun tidak sepenuhnya seperti mak tapi aku puas sbb setiap kali khidmat aku diperlukan aku tidak pernah menolak…sbb aku sentiasa ingat bukan selama2nya aku dapat bersama ayah….dan detik2 itu akan aku abadikan dalam ingatanku….dan aku puas sbb ayah sempat memanggil namaku di akhir2 nyawanya….
aku pasti aku akan sentiasa merindui ayah…sekarang tanggungjawab aku adalah menjaga mak pula…semoga aku cekal dan sentiasa mendapat rahmat dari nya dan kesihatan yang baik untuk aku….